Terma dan Syarat Pembelian

Berikut adalah terma dan syarat untuk produk "Video Panduan Upgrade Blog Wordpress". Dengan setiap pembelian produk ini, secara automatik anda terikat sepenuhnya terhadap perkara-perkara tersebut.

Harga Video, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas

1. Harga tetap untuk produk ini adalah RM40.00, melainkan jika pihak kami, bloggingsteps.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

2. Harga RM40.00 adalah untuk Video sahaja. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga produk ini.

3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Produk ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web bloggingsteps.com atau daripada reseller yang berdaftar sahaja.

4. Video panduan ini adalah mengenai panduan Upgrade Blog Wordpress. Produk ini tidak sama sekali mengajar cara berniaga atau buat duit di Internet.

5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.

6. Support yang diberikan adalah percuma. Namun, ia tertakluk kepada perkara berkaitan sahaja. Kami tidak menjanjikan support 24 jam kerana waktu kerja kami ialah dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang sahaja, Isnin hingga Jumaat. Jadi, segala persoalan perlulah dihantar pada waktu bekerja untuk kami menjawab pada waktu tersebut.

Penghantaran Produk

Produk ini adalah dalam bentuk digital dan ia perlu didownload. Ia bukan melalui CD iaitu kami tidak akan menghantarnya melalui Pos ke rumah anda, melainkan jika kami menyatakan penghantaran dalam bentuk CD (biasanya semasa promosi tertentu).

Tempoh masa penghantaran adalah di antara 24 hingga 48 jam. Namun biasanya penghantaran link download dilakukan dalam masa 12-24 jam sahaja. Bergantung kepada faktor dan keadaan tertentu.

Jaminan Pulangan Wang

Tiada jaminan wang dipulangkan untuk produk digital ini.

Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook

1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.

3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.

4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.

5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat didownload dengan sempurna. Maka, ia adalah di luar daripada bidang kuasa kami. Jika ia berlaku, anda perlu mencuba sehingga dapat atau kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.

 

- Tamat Terma & Syarat -

 


Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli
Pakej Video Panduan Upgrade Wordpress ini.

Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Pakej Video Panduan
Upgrade Wordpress ini ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.

 

 

Muka Depan | Pembelian