Upgrade Segera Blog Wordpress Anda!

"Tingkatkan Tahap Sekuriti Blog Wordpress Anda Dengan Menaik Taraf Kepada Versi Yang Lebih Terkini. Video Panduan Ini Akan Membimbing Anda Melakukan Proses Upgrade Secara Langkah Demi Langkah!"

Menaik-taraf blog merupakan satu langkah yang selamat dan bijak..

 

Daripada:

Mohd Zulfadli & Nayan Mohd

RE : Panduan Upgrade Blog Wordpress


Saudara/i yang dihormati,

Jika anda mempunyai blog Wordpress sendiri, sudah pasti anda perlu menaik taraf (Upgrade) blog itu kepada versi yang lebih terkini. Tetapi satu masalah besar ialah anda tidak tahu untuk melakukannya.

Malah, anda tidak yakin untuk melakukannya sendiri kerana ia teramat teknikal dan anda takut masalah lain akan berlaku seperti Error dan tidak menjadi.

Namun kini tiada lagi alasan untuk anda tidak cuba melakukannya sendiri. Dengan panduan langkah demi langkah yang bakal anda dapatkan dari laman web ini, anda akan dapat pelajari cara upgrade blog Wordpress secara sendiri. Tiada lagi ketakutan untuk melakukannya.

Melakukan proses upgrade blog Wordpress bukanlah sesuatu yang amat susah jika tahu caranya. Malah risiko di dalam proses upgrade juga dapat diminimakan kepada 0% jika langkah persediaan awalan dilakukan. Dan ini semua akan ditunjukkan melalui "Video Panduan Upgrade Blog Wordpress"!

 

Kelebihan Menaik-Taraf Versi Blog

Jika anda meremehkan versi Wordpress yang lebih terkini, blog anda terdedah kepada beberapa risiko bahaya. Salah satu kelebihan menggunakan versi Wordpress yang lebih terkini ialah:

Mempunyai ciri keselamatan (security) yang lebih tinggi.
Blog anda susah untuk diceroboh oleh 'hacker' (penceroboh sistem).

Ya, sebab utama yang paling penting ialah SECURITY. Blog SmartUsaha.com pernah diceroboh berkali-kali pada tahun 2006 sehingga mengakibatkan blog itu kehilangan pelawat (trafik). Ini adalah satu kerugian yang amat besar.

Imej di atas adalah imej betul yang 'hacker' letakkan di blog SmartUsaha.com selepas mereka berjaya menceroboh (memecah masuk blog).

Dan ini pula imej lain yang diletakkan oleh hacker pada percubaan memecah masuk mereka di waktu yang lain:


Manakala imej di bawah pula saya ambil di satu laman web yang lain:


Persoalannya,

Adakah anda mahu blog anda diceroboh sebegini?

Jika jawapan anda tidak mahu, maka tindakan yang wajar adalah anda perlu menggunakan versi Wordpress yang lebih terkini (up to date). Ini kerana, salah satu sebab mudahnya hacker memecah masuk blog anda adalah kerana versi sistem blog yang digunakan tidak dikemaskini.

 

Bagaimana Cara Menaik-Taraf Versi Blog Wordpress?

Video Panduan yang bakal anda dapatkan di sini dapat membantu. Panduan ini akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah yang perlu anda lakukan untuk upgrade blog Wordpress kepada versi yang lebih terkini dengan kaedah manual.

Terdapat 12 Video (Langkah 1 hingga 12) yang akan anda perolehi:

Video Upgrade Blog Cara Manual

1 - Mukadimah (Perancangan Awal)

2 - Install Perisian FileZilla

3 - Backup Database Blog

4 - Backup File Blog Asal

5 - DeActivate Plugins

6 - Semakan Langkah Utama

7 - Download Wordpress Versi Terkini

8 - Delete File Blog Di Server

9 - Upload File Wordpress Versi Terkini

10 - Proses Upgrade Blog

11 - Activate Plugins

12 - Semakan Terakhir

Jumlah Masa Video = 60 minit (1 jam)

Setiap video akan menerangkan langkah tertentu secara terperinci dengan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Sudah pasti, anda akan dapat memahaminya tanpa kesulitan.

Pengisian Setiap Video

Video 1: Menerangkan secara umum apakah yang perlu dilakukan semasa proses Upgrade.

Video 2: Pemasangan perisian FTP FileZilla. Proses pemasangan yang ditunjukkan adalah langkah demi langkah. Amat berguna jika anda masih belum memasang perisian ini di komputer anda. Perisian ini akan digunakan untuk upload dan download file-file blog ke/dari server.

Video 3: Langkah demi langkah bagaimana melakukan backup database blog. Proses ini adalah amat penting. Melalui video ini anda akan pelajari backup database dengan cara yang betul.

Video 4: Sebelum mengupload file Wordpress versi terbaru ke server, video ini akan menunjukkan proses download file-file blog yang sedang digunakan dari server ke komputer.

Video 5: Proses DeActivate Plugins. Proses ini amat penting sebelum proses Upgrade blog dilakukan.

Video 6: Semakan langkah utama. Proses awalan yang dilakukan sebelum ini akan disemak terlebih dahulu sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Video 7: Video ini menunjukkan proses download sistem blog Wordpress versi yang lebih terkini dari laman web Wordpress.

Video 8: Proses sebenar upprage blog bermula di sini. File-file dan folder di server yang tidak diperlukan akan di-delete. Video ini amat penting sekali. Di video ini anda akan  ditunjukkan file dan folder mana yang perlu dan tidak perlu di-delete.

Video 9: Proses upload file Wordpress versi yang terkini ke server (folder blog).

Video 10: Di video ini akan ditunjukkan salah satu proses penting di dalam menaik-taraf blog Wordpress. Proses ini adalah penentu blog diupgrade atau tidak. Anda akan ditunjukkan bagaimana melakukan proses ini.

Video 11: Proses Activate semula plugins. Di video ini akan diberikan beberapa perkara penting mengenai pengaktifan (activate) plugins.

Video 12: Pada video ini akan dilakukan proses semakan terhadap langkah yang telah dilakukan serta terhadap kefungsian blog. Proses ini amat penting untuk memastikan semuanya telah selesai.


Video Tambahan:

Proses Upgrade Menggunakan Fantastico

Video ini adalah contoh 'real' proses Upgrade untuk sebuah blog. Proses ini menggunakan fungsi Fantastico di Cpanel.

 

Testimoni 1#
Video Yang Cukup Lengkap!

"Proses untuk upgrade blog Wordpress akan menjadi lebih mudah dengan bantuan video ini. Ia amat tersusun, lengkap dan langkah demi langkah yang mudah difahami. Tahniah diatas Video Panduan ini."

Mohd Shamsuriyadi
Penulis Ebook RajaAdsense
RajaAdsense.com
PenulisEbook.com

 

Contoh Video:

[Tekan button Play. Berikan masa untuk video loading sepenuhnya.]

*Video yang akan anda dapat adalah lebih terang*

 

Rakaman Sebenar!

Kelebihan video panduan ini adalah ia merupakan rakaman Live semasa blog SmartUsaha.com dinaik-taraf kepada versi Wordpress yang lebih terkini (pada masa rakaman, versi terkini yang digunakan ialah 2.1). Jadi, anda dapat melihat secara 'real' blog tersebut dinaik-tarafkan kepada versi yang lebih terkini.

Dengan memiliki video panduan ini, anda pasti akan dapat memahami dan tahu cara untuk upgrade blog Wordpress tanpa perlu melakukan trial & error sendiri dan mengambil masa yang lama.

Testimoni 2#

Video Ini Amat Membantu!

"Saya bermula dengan ZERO dalam dunia blogging ini. Semasa melangkah kaki ke dunia blogging ini saya bermula dengan Pakej Kit Blogger yang di keluarkan oleh saudara SmartZul. Kini saya berbangga kerana dapat memiliki blog yang kedua setelah setahun saya berblogging (kesemua blog ini menggunakan Wordpress).

Memandangkan saya kekurangan asas dalam bidang teknikal ini, ia menyebabkan saya agak sukar untuk menaik taraf (Upgrade) blog saya. Tetapi, kini tidak lagi kerana SmartZul telah memudahkan kerja saya dengan menyediakan pakej video yang lengkap, padat serta mudah difahami

Tidak sampai dalam sehari, kini saya boleh Upgrade sistem blog Wordpress di kedua-dua blog saya hanya berpandukan video yang disediakan oleh SmartZul ini.

Saya amat mensyorkan kepada anda 'Video Panduan Upgrade Blog Wordpress' ini. Terima kasih SmartZul kerana anda telah memudahkan kerja saya. Sememangnya SmartZul memang pakar dalam bidang teknikal blog Wordpress.

Mohd Rozmie (JimieRay)
http://tips.jagakesihatan.com
http://jimieray.com/blog

 

Berapakah Harganya?

RM23.00 sahaja

Beli sekarang walaupun pada jam 3.00 pagi

[Produk ini bukan di dalam CD. Ia perlu didownload.]

Klik di sini untuk pembelian


Anda tidak rugi memiliki Video Panduan ini kerana:

Hati anda lebih tenang kerana blog anda sentiasa berada di dalam keadaan yang terjamin selamat (sekuriti tinggi).

Anda mempunyai ilmu Upgrade blog yang boleh digunakan pada bila-bila masa  setiap kali memerlukannya terutama semasa kecemasan.

Anda tidak perlu meminta bantuan orang lain untuk melakukan kerja Upgrade blog. Anda sudah dapat melakukannya sendiri.

Mengurangkan risiko 'kegagalan' di dalam proses Upgrade blog. Jangan melakukan proses Upgrade blog tanpa ilmu. Dengan mempelajari daripada Video ini, anda akan tahu langkah demi langkah yang betul dan terancang.

Jimat masa! Tidak perlu membazir masa mencari-cari bahan rujukan di Internet dan mencuba-cuba sendiri. Video Panduan ini sudah siap sedia lengkap untuk anda rujuk. Bayaran yang dilakukan untuk memiliki video ini amat berbaloi. Gunakan masa yang lebih untuk aktiviti lain yang lebih menguntungkan.

Anda tahu langkah yang betul. Anda tidak perlu mencari rujukan lain yang tidak banyak membantu kerana panduan sebegitu tidak lengkap dan kadang-kadang amat mengelirukan!

Anda melakukannya dengan penuh keyakinan! Dengan memiliki ilmu ini, tiada lagi alasan dan ketakutan. Anda akan melakukan proses upgrade blog dengan lebih yakin kerana anda tahu dan faham dengan jelas.

 

Testimoni 3#

Bahasanya Mudah Difahami!

"Walaupun BI saya boleh dikatakan agak baik, membaca manual upgrade blog boleh membuatkan mata saya juling dan kepala saya pening. Mujurlah dengan adanya Video Upgrade Blog Wordpress dari SmartZul ni memudahkan lagi kerja saya. 

Saya cuma perlu tonton sambil melakukan perkara yang sama langkah demi langkah dan tiada kesilapan. Sungguh mudah! Berita baiknya untuk kita semua, video ini disediakan dalam bahasa melayu!"

Cikgu Azleen
www.CikguAzleen.com

 

Item Tambahan!

Untuk memudahkan anda mempelajari proses upgrade blog Wordpress dan melakukan proses upgrade, kami sediakan beberapa item tambahan berikut secara percuma kepada anda:

1. Senarai Semak Proses Upgrade - Senarai langkah demi langkah apa yang perlu dilakukan satu persatu.

2. Pelan Pembelajaran - Panduan ringkas ini memberikan cadangan kepada anda untuk mempelajari proses upgrade sebelum mempraktikkannya untuk blog yang sebenar.

3. Kemaskini Video - Kami akan sentiasa mengemaskini video panduan ini dari semasa ke semasa. Anda akan mendapatnya secara percuma tanpa bayaran tambahan.

 

Bonus Percuma Bernilai RM47.00!

Sebagai tanda terima kasih, anda diberikan beberapa item istimewa berikut tanpa sebarang kos. Bonus-bonus ini mungkin akan dikeluarkan (dibuang) dari laman web ini pada bila-bila masa sahaja. Dapatkan sekarang selagi ada.

1# Ebook Panduan Mudah FTP (Master Resell Rights)

 

Bagi anda yang tiada asas FTP, Ebook ini tersangat membantu. Anda juga akan mendapat hak jualan semula untuk ebook ini. Ya, anda boleh menjual Ebook ini!

Bernilai RM30.00

2# PC Protection Guide (Resell Rights)

 

 

Ebook ini menerangkan mengenai beberapa perkara mengenai keselamatan komputer terutama untuk bisnes Internet anda. Didatangkan bersama Resell Rights (boleh jual semula).

Bernilai RM17.00


Dapatkan Pakej Video Panduan Upgrade Blog Wordpress
bersama bonus-bonus di atas pada hari ini juga.

 

Anda Wajib Memiliki Ilmu Ini..

Setelah anda menaik-taraf blog kepada versi yang lebih terkini, hati anda pasti lebih tenang kerana anda yakin versi Wordpress terkini mempunyai ciri sekuriti yang lebih tinggi.

Walaupun anda tidak mahu menaik-taraf blog anda, video panduan ini boleh dijadikan sebagai bahan pelajaran untuk anda. Ilmu sebegini amat wajib dimiliki oleh anda jika anda mempunyai blog dot com sendiri. Kelak apabila anda ingin upgrade blog kepada versi yang lebih terkini, anda sudah tahu untuk melakukannya. Ia amat bermanfaat terutama di saat kecemasan.

Mempelajari sesuatu pada hari ini adalah satu perkara yang amat menguntungkan lebih-lebih lagi tatkala anda perlu melakukannya semasa keadaan kecemasan.

Testimoni 4#

Video yang tersangat penting bagi blogger Worpress!

"Video Pakej Upgrade Blog (VPUB) sebegini sebenarnya telah lama saya tunggu dari Zul iaitu semenjak saya memiliki Pakej Kit Blogger 2 pada tahun lepas lagi. Nampaknya impian saya tersebut telah menjadi kenyataan apabila Zul telah berjaya melancarkan Pakej Video ini sebagai panduan kepada mereka yang ingin upgrade blog mereka. 

Sebelum ini agak sukar untuk saya menjelaskan kepada para pelangan saya tentang cara-cara untuk meng'upgrade' blog mereka. Semoga dengan pelancaran VPUB ini diharap dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku kepada sebahagian blogger-blogger Wordpress yang tidak mengetahui cara-cara untuk upgrade blog mereka.

Video menunjukkan kepada kita secara terperinci cara-cara untuk meng'upgrade' blog dengan bahasa yang mudah difahami, jelas dan video yang terang. 

Proses upgrade blog amat penting bagi mengelakan pelbagai masalah timbul terutama masalah "Hackers". Oleh itu VPUB ini mampu untuk membantu anda menyelamatkan blog anda dari diserang oleh hackers dan sebagainya."

Ahmad Syaifuddeen Mohamad aka Abooain
www.epustaka.com, www.abooain.com

 

Testimoni 5#

Memudahkan Kerja Saya..

"Secara jujur saya pernah hampir kehilangan blog saya di sebabkan semasa proses upgrade blog tersebut kerana saya melakukan sedikit kesilapan kecil yang membawa impak yang amat besar.

Sejak dari itu saya tidak berani untuk melakukan upgrade terhadap blog wordpress saya. Mungkin atas kesedaran itu, smartzul telah menghasilkan video Panduan Upgrade Blog Wordpress untuk membantu newbie yang banyak terkandas di dalam melakukan upgrade.

Dengan adanya video panduan langkah demi langkah ini, anda tidak perlu bimbang lagi kerana kerja upgrade blog Worpress anda telah dipermudahkan. Bentuk video tutorial yang amat berkualiti!"

Jebat Abd. Kadir
www.MesraInternet.com

[Produk ini bukan di dalam CD. Ia perlu didownload.]

Hanya RM23.00!

Lakukan langkah bijak dengan mendapatkan produk ini untuk kebaikan anda.

Klik di sini untuk pembelian

Anda pasti berpuas-hati dengan
"Video Panduan Upgrade Blog Wordpress" ini.

 

 

Yang ikhlas,

Nayan Mohd

ps. Pastikan anda menggunakan versi Wordpress yang lebih terkini. Jangan biarkan blog anda berada di dalam risiko mudah untuk diceroboh. Jangan ambil risiko!

pps. Kami boleh menaikkan harga jualan video ini pada bila-bila masa sahaja. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan segera.

ppps. Dapatkan pada hari ini juga dan secara automatik anda berhak mendapat bonus percuma yang bernilai RM47.00!

 

 

Pembelian | Hubungi Kami | Penafian | Terma & Syarat