|
Terma dan Syarat
Pembelian & Penggunaan
Berikut adalah
terma dan syarat untuk "Pakej Ebook Panduan Wordpress"
atau dikenali juga dengan "Siri 1 Kit Blogger
Malaysia". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda
terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
Harga Ebook,
Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas
1. Harga tetap
untuk Pakej Ebook ini adalah RM50.00, melainkan jika
pihak kami, bloggingsteps.com, melakukan sebarang promosi atau
potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada
harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut.
Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan
bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu
secara umum atau secara langsung.
2. Harga RM50.00
adalah untuk "Ebook Panduan Asas Wordpress",
"Pelan Tindakan Blog", "Ebook Buat Duit Dengan
Blog", "Tutorial Plugin Adsense", "Tutorial
Add Link & Category" dan "Tutorial Kajian
Keyword". Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan
semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka,
bonus 'add on' yang dinyatakan di laman "sales letter"
bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.
3. Jika kami
dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber
yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja
cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya
boleh diperolehi melalui laman web bloggingsteps.com/kit sahaja.
4. Pakej Siri 1
Kit Blogger ini lebih menumpu kepada "Cara Membina dan
Memulakan Blog Dengan Betul". Pakej ini tidak sama
sekali mengajar secara khusus mengenai program affiliate, google
adsense atau cara buat duit dengan cara-cara yang lain. Namun ia
akan disentuh juga secara umum sahaja.
5. Hanya pembeli
yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan
bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
6. Ruang
Support Khas iaitu sebuah laman sokongan untuk pembeli tidak
dijamin akan kekal selamanya. Ia mungkin akan dihentikan pada
masa-masa yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan
memerlukan tindakan sebegitu.
7. Di ruang
support khas, pihak kami akan sedaya upaya memberikan bantuan
dari segi teknik, tip dan panduan seperti yang dijanjikan di
muka surat "sales letter".
Jaminan
Pulangan Wang
1. Pihak
bloggingsteps.com menjanjikan pulangan wang selama 30 hari
dari tarikh anda menerima Pakej Ebook ini, namun dengan beberapa
syarat 'ketat' seperti berikut:
-
Pembeli telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala
panduan, tip dan teknik yang diberikan di dalam pakej ebook
ini. Kami hanya mahu ber-urusan dengan mereka yang serius
sahaja seperti yang kami nyatakan di laman utama "sales
letter".
-
Pembeli yang
ingin dapatkan kembali wang bayaran mereka, perlu
menunjukkan bukti usaha mereka samada blog yang dibina,
hasil semasa usaha tersebut dan beberapa perkara yang akan
diminta sewaktu permohonan pulangan kembali wang bayaran.
Tanpa beberapa bukti usaha pembeli, pihak kami berhak
menolak permohonan pulangan wang.
-
Syarat-syarat
ketat sebegini dikenakan adalah kerana produk ini adalah
digital dan pihak kami tidak nampak apa yang dilakukan oleh
pembeli.
2. Bayaran wang
akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh
hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang
berjaya.
3. Namun, jika
Pakej Ebook ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan,
membahayakan pihak pembeli dan orang ramai, teknik-teknik yang
salah di sisi undang-undang atau etika internet, maka kesemua
syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran
anda akan dipulangkan tanpa sebarang soalan dengan syarat JIKA
pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut.
Penerimaan
Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli)
mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan
agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak
bermasalah.
2. Anda sebagai
pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang
pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian.
Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan
proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download
kepada anda.
3. Link download
ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami
dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak
tegas.
4. Sebarang
masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau
sebagainya, sila laporakan kepada kami dengan segera untuk kami
selesaikan masalah tersebut.
5. Kebiasaannya,
file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli
yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan
sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia
berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
- Tamat Terma
& Syarat -
Jika anda
bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli
Pakej Ebook Wordpress ini.
Jika tidak
bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Pakej Ebook
Wordpress ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
|